Wednesday, 14 October 2015

Keinginan Politik Dalam Pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia

Keinginan Politik Dalam Pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia
1
Hassan Bahrom(PhD) Asmak Husin(Centre for Islamic Thought and Understanding, UITM, Shah Alam)Masthurah Ismail(Centre for Islamic Thought and Understanding, UITM,Perak)
Abstrak
Semasa Tamadun Melayu Melaka, undang-undang Islam telah digunapakai sepenuhnya sehingga kedatangan penjajah Barat ke Alam Melayu. Penjajahan Barat telah memberikan impak yang besar terhadap pembentukan undang-undang. Kesannyaundang-undang Islam telah dikecilkan bidang kuasa; undang-undang keluarga, warisanserta beberapa kesalahan-kesalahan matrimoni dan kesalahan takzir. Manakala urusanselain itu terletak di bawah kuasa sivil yang didasari sistem perundangan Inggeris.Kesannya undang-undang Islam tidak mendapat tempat yang sewajarnya di Malaysia.Tambahan pula, selepas kemerdekaan, Malaysia didominasi oleh pemimpin UMNOyang majoritinya berlatarbelakangkan pendidikan Inggeris. Namun begitu, peredaranmasa telah merubah pemikiran pemimpin politik dan juga rakyat. Lagipun dari semasake semasa pihak PAS menggesa agar melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia. Kertas kerja ini ditulis untuk menganalisis perkembangan cita-cita politik untuk melaksanakan undang-undang Islam di kalangan pemimpin-pemimpin Malaysia.Penulisan ini mendapati pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia bergantung kepada kesedaran, kefahaman dan keinginan pemimpin terhadap konsep Islam.Tuntutan massa juga penting untuk menjadi
faktor penolak bagi merealisasikan undang-undang Islam sepenuhnya di Malaysia.
Pendahuluan
Undang-undang Islam adalah sesuatu yang luas, yang mencakupi seluruh nilaiperaturan yang melibatkan seluruh kehidupan manusia sama ada secara individu ataumasyarakat. Ia termasuklah perkara yang berhubung dengan undang-undang keluarga, jenayah, kontrak, keterangan, tanah, antarabangsa, perlembagaan dan undang-undangsivil
2
. Ulama menafsirkan undang-undang [ qanun ] Islam sebagai segala hukum Allahterhadap perbuatan manusia sama ada halal, haram, makruh, sunat atau harus yangberhubung dengan hukum aqidah, akhlak dan sebagainya
3
. Yusuf al-Qardawi pulamendifinisikannya kepada kumpulan undang-undang atau hukum ciptaan manusia yangdikemas untuk perkara tertentu dan bidang-bidang tertentu atau sebagai satu hukumyang dibuat oleh manusia untuk mengatur perjalanan hidupnya dalam hubungannyasesama yang lain, baik secara individu, masyarakat dan negara
4
. Dalam pengertianyang lain, undang-udang ialah unsur-unsur hukum yang telah dibentuk melalui proses
1
tertentu bagi dilaksanakan melalui mekanisme yang ada mengikut prosedur dantatacara yang telah ditetapkan
5
. Berdasarkan kepada pengertian ini undang-undangIslam adalah suatu peraturan atau sistem untuk mengatur hidup manusia berdasarkanhukum-hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt melalui kaedah-kaedah yang telahditentukan. Ini bermakna undang-undang Islam adalah suatu yang luas dan menyeluruhyang melibatkan masa yang sangat panjang untuk membuat kajian. Justeru memangkurang bijak dan tidak praktikal dalam masa yang terbatas untuk membuat kajiantentang seluruh persoalan di sekitar undang-undang Islam.Para ulama sepakat menyatakan bahawa melaksana undang-undang Islamadalah wajib dalam sesebuah negara. Antara mereka yang mengatakan demikian ialah Abdul Rahman bin

Khaldun dalam bukunya Muqaddimah. Al-Mawardi dalam kitabnya
al-Ahkam al-Sultaniah
, Dr Muhammad Abdullah al `Araby, dalam bukunya
Nizam al-Hukm fi al-Islam
, dan Abi Ya`la Muhammad bin Hussain al-Farra’ dalam kitabnya
al- Ahkam al-Sultaniya
. Asas pandangan mereka berdasarkan kepada al-Qur’an. Banyakayat al-Qur’an yang menyatakan kewajipan tersebut, antara sebahagian ayat al-Qur’anyang menjelaskan secara khusus perintah untuk melaksanakan kewajipan ini ialah al-Nur (24): 1, 47 – 50, al-Baqarah (2) : 178, 85 - 86, 213, 278 – 279, al Maedah ( 5 ): 48,49, al Jathiyah ( 45 ) : 18. Sementara ayat yang menyentuh perintah Allah swt secaratidak lansung terdapat dalam firman Allah swt seperti dalam surah al-Syura ( 42 ):10,13, 15, al Jathiyah ( 45 ) : 18, al-Baqarah ( 2 ): 208, Muhammad (47 ) : 8 - 9, al-Nahl( 16 ): 116, al-Maedah ( 5 ) : 50, dan al-Nisa ( 4 ): 61. Seiringan dengan itu Allah swtmenyatakan mereka yang enggan melaksana undang-undang dan hukum Allah swtsebagai kafir [al-Maedah:5:4], zalim [al-Maedah:5:45], fasiq, [al-Maedah:5:47] syirik [AliImran:3:64, al-An`am:6:148, al-Nahl : 16:35] , dusta [ al-Nahl 16:106 dan 116],berhukum dengan thagut [ al-Nisa:4:60], dan tidak beriman dengan Nya [ al-Nisa 4:60].Perbezaan pemikiran antara parti politik pemerintah dan pembangkan dalam isupelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia sering terjadi. Masing-masing kumpulanakan mempamerkan golongan mereka sebagai jagoan bagi melestarikan pelaksanaanundang-undang Islam. Malah masing-masing kumpulan mempunyai sikap yang agak jauh berbeza dan saling melabel kalangan mereka lebih
Islamic
sementara golonganlain belum cukup
Islamic.
Pelabelan ini memberi konotasi yang kurang menyenangkandi kalangan masyarakat awam, dan timbul kekeliruan pada label yang tinggi manasatukah yang lebih realistik dalam menyatakan perletakkan batu asas kepadapelaksanaan undang-undang Islam. Di pihak parti pemerintah yang sering mewar-
2
warkan Malayasia sebagai sebuah negara Islam yang dinamik dan prograsif, dan tidakmenafikan hasrat pelaksanaan hukum Islam, namun ia harus dilaksana secarasederhana dan dapat diterima oleh semua pihak. Namun sikap sedemikian padasetengah pihak yang lain, pelabelan sebagai sebuah negara Islam, tidak mencukupisekiranya tidak dilaksanakan hukum Ilahi di dalamnya secara tuntas. Malah pelabelantersebut hanya sekadar kosmetik yang tidak boleh diambil iktibar akan hakikat sebagaisebuah negara Islam, malah pelabelan tersebut hanya sebagai imbuhan untuk meraihhabuan politik di kalangan para penganut Islam di negara ini. Mereka berhujah sekalipunperlembagaan persekutuan menyatakan Islam sebagai agama bagi Persekutuannamun, takrifan yang sering di kemukakan oleh para pengamal undang-undang sebagaisimbol serimonial semata-mata dan tidak menjurus kepada pengimplementasian syariatIslam pada keseluruhannya. Dua aliran pemikiran (
School of thought
) yang wujud dikalangan umat Islam di Negara ini telah memberi gambaran bahawa Malaysia berada didua persimpangan dalam penjenamaannya apakah ianya sebagai sebuah negara Islamdalam erti kata yang sebenar atau sebuah negara yang masih merangka mengapai cita-cita untuk menjadi sebuah negara Islam.Politik Muslim berhadapan dengan krisis pemikiran dalam menangani isupelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Misalnya Isu
Kafir Mengkafir
dikalangan umat Islam telah membawa kesan perpecahan sesama sendiri. Contohterdekat ialah peristiwa Memali 1985 yang mengorbankan 14 nyawa di kalanganpengikut Ibrahim Libya. Peristiwa ini menjadi bahan pengajaran dan catatan sejarahkesan daripada krisis pemikiran itu tadi. Satu cara untuk mengurangkan perpecahan dikalangan umat Islam ialah dengan melaksanakan usaha-usaha mencari penyelesaiandengan mempertemu dua aliran pemikiran politik iaitu PAS dan UMNO yang terdapatdalam masyarakat Melayu. Satu kajian yang mendalam bagi mendapatkan satu jawapan yang tepat dan realistik untuk sekurang-kurangnya merapatkan jurangpemikiran itu perlu dilakukan. Penyelidikan ini akan cuba memberi satu sumbanganpemikiran ke arah mendekatkan perbezaan pemikiran dalam isu pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Kajian ini diharap dapat membantu mendekatkan polimikpemikiran

ini dengan mengajukan saranan bagaimanakah undang-undang Islam dapatdilaksanakan.Pada umumnya, malah banyak diperakui oleh para ulama Islam, tanggungjawabmelaksana sistem perundangan Islam ini terletak dibahu pemerintah atau pemimpin dinegara tersebut. Sekiranya para pemimpin mempunyai kehendak tinggi melaksana
3
undang-undang Islam ia tidak memerlukan masa yang panjang untukdiimplementasikan, namun sekiranya pemimpin disesebuah negara tersebut tidakmempunyai keinginan yang tinggi, malah mencari jalan untuk melengahkanpelaksanaannya, maka selama itulah undang-undang Islam tidak dapat dilaksanakan.Kita boleh mengambil contoh sejarah Melayu. Apabila Sultan Melaka iaitu Parameswarayang beragama Hindu memelok Islam, boleh dikatakan seluruh jentera pemerintahandan rakyat jelata turut serta memelok agama Islam. Demikian juga negara Turki apabilatokoh terkenal Turki Moden yang mempelopori fahaman Sekular Mustafa Kamal Artartukmengagaskan fahaman sekular dalam sistem pemerintahan di Turki, ia menjadikenyataan sekalipun masyarakat tidak menerima hakikat tersebut. Ini bermaknakepimpinan negara adalah peneraju penting kepada merealisasikan pelaksanaanundang-undang Islam. Kertas ini akan menyingkap sedikit sebanyak apakah wujudkeinginan bersungguh pemerintah dalam melaksana undang-undang Islam di Malaysia.
Latarbelakang Undang-undang Islam di Malaysia
Penyebaran Islam di Tanah Melayu membawa pengaruh yang besar terhadappelaksanaan dan perkembangan undang-undang Islam di Malaysia. Islam telah tersebar di Semenanjung Tanah Melayu 903M dengan bukti kubur yang ditemui di TanjungInggeris Kedah. Bukti yang paling kuat adalah penemuan Batu Bersurat di Kuala BerangTerengganu pada 1303M
6
. Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa Islam telah tersebar keSemenanjung Malaysia lebih dahulu dari pembentukan kerajaan Islam Melaka iaitusekitar abad ke-13M. Catatan bertulis berkenaan hukum dan peraturan Islam dalambeberapa tulisan seperti Undang-undang 99 Perak, Hukum Kanun Melaka dan lain-lainmenjadi bukti bahawa wujudnya peruntukan undang-undang Islam yang dijalankan diTanah Melayu. Pelaksanaan undang-undang Islam dalam urusan kekeluargaan,muamalah dan jenayah telah pun berlaku di Tanah Melayu sebelum kedatanganpenjajah.Contoh yang dapat dilihat dalam kes
Rahmah v. Laton
yang diputuskan padatahun 1927. Kes ini melibatkan pertikaian antara dua orang isteri terhadap hartasepencarian yang ditinggalkan oleh suaminya selepas suami meninggal. Dalampenghakimannya, mahkamah telah memutuskan bahawa Undang-undang Islambukanlah undang-undang asing tetapi ia merupakan undang-undang asal yang wujuddan diterima pakai serta dilaksanakan di Tanah Melayu (Sejarah Undang-undang
4
Malaysia). Penglibatan Inggeris dengan urusan pentadbiran di Tanah Melayu sebagaiPakar Penasihat Sultan dalam pentadbiran negara adalah ekoran dari Raja-Raja Melayutelah memeterai beberapa perjanjian(triti) dengan mereka tanpa mencampuri urusanagama dan undang-undang Islam.M B Hooker, menulis selepas menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786,Inggeris telah berusaha bersungguh-sungguh membawa undang-undang mereka kesini. Mereka menubuhkan mahkamah dan melantik hakim-hakim yang mahir denganUndang-undang Inggeris untuk bertugas dan mengadili kes-kes di Tanah Melayu.Inggeris juga memperkenalkan tiga piagam yang dipanggil Charters of Justice (PiagamKeadilan Pertama) pada tahun 1807, (Piagam Keadilan Kedua) pada tahun 1826 dan(Piagam Keadilan Ketiga) pada tahun 1885. Semua ini bertujuan untuk mengangkattaraf Undang-undang Inggeris dan secara tidak langsung menenggelamkan sertamenyisihkan Undang-undang Islam yang dulunya diamalkan sebagai undang-undangtempatan.Campur tangan secara langsung terhadap urusan kekeluargaan orang Islam diTanah Melayu juga telah berlaku pada tahun 1880. Inggeris telah memperkenalkan satuOrdinan yang dipanggil Muhammedan Marriage Ordinance (Ordinance no. 5, 1880).Ordinan ini digubal dengan tujuan untuk menetapkan sejauh mana Undang-undangIslam boleh diterima dan diiktiraf oleh mahkamah. Dengan terlaksananya Ordinan ini juga, maka cita-cita dan usaha British untuk memisahkan di antara urusan sivil danurusan keagamaan yang telah dirancang semenjak kedatangannya ke Tanah Melayutelah mula terzahir dengan begitu jelas. Kod lain turut diperkenalkan pada tahun 1919iaitu Muhammadan Division of Property between Husband and Wife of 1919. Dengantergubal dan terlaksananya undang-undang tersebut, kita melihat bagaimana sistemperundangan di negara kita berkembang..Pemakaian undang-undang lazim Inggeris (English common law) dan peraturanekuitinya yang dikuatkuasakan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1937melalui Enakmen Undang-undang Sivil dan diluaskan ke negeri-negeri lain pada tahun1951 dan dikenali kemudiannya sebagai Ordinan Undang-undang Sivil 1956(10) telahdengan sendirinya mengukuhkan pentadbiran undang-undang sivil dan sedikit sebanyakmenyempitkan tafsiran undang-undang Islam. Kes-kes yang diputuskan semasapenjajahan yang melibatkan soal adat Melayu dan hukum Syarak juga mempengaruhiperuntukan-peruntukan perlembagaan yang digubal kemudiannya dan seterusnya
5
memberi kesan kepada perkembangan pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini.Kebanyakan penghakiman dibuat banyak mengambilkira aspek prosedural dan aspekketerangan yang jika dipenuhi maka barulah mengambilkira hukum Syarak atau yangdiistilahkan sebagai undang-undang Islam
7
.Tahun 1952 adalah tarikh penguatkuasaan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam. Selangor merupakan negeri yang pertama meluluskan untuk mengatur pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Namun pemakaian undang-undangIslam terhad kepada orang Islam dan dalam tiga bidang sahaja, iaitu undang-undangkeluarga, warisan serta beberapa kesalahan-kesalahan matrimony dan kesalahantakzir
8
. Kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal perkara-perkara mengenaiundang-undang Islam termasuklah kuasa menubuhkan mahkamah yang mempunyaibidang kuasa ke atas orang Islam. Tetapi diperuntukkan juga yang mahkamah-mahkamah tersebut tidak boleh mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan
9
. Kemudiandiikuti oleh negeri-negeri yang lain di Tanah Melayu.Keinginan untuk melihat sistem perundangan Islam direalisasikan di Negara inilebih terserlah untuk dilaksanakan, apabila kerajaan Kelantan telah meluluskan rangundang-undang Islam di bawah perintahan Parti Islam SeMalaya ( PAS) denganmendraf undang-undang hudud namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana tiadapersetujuan daripada Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar Kelantan berkata, undang-undang hudud akan tetap dilaksanakan di Kelantan apabila tiba masanya. Katanya,pelbagai halangan yang ditimbulkan oleh pihak tertentu sebelum ini tidak akan menjadialasan untuk tidak melaksanakannya kerana ia merupakan undang-undang hukumanyang telah ditetap di dalam al-Quran dan hadis
10
.Demikian juga apabila negeriTerengganu di perintah oleh PAS (1999 -2004) juga telah menggubal undang-undang jenayah syariah negeri Terengganu. Sekalipun kedua-dua rang undang-undang tersebuttidak dapat dilaksanakan, namun ia memaparkan bahawa Malaysia pada umumnyabelum melaksana sistem perundangan Islam secara total, sekalipun undang-undangtersebut jelas memprihalkan terkhusus kepada orang-orang Islam sahaja, sementaraorang non Muslim masih menggunapakai sistem perundangan sivil. Sehubungandengan itu memperlihatkan lagi pada tanggapan sesetengah pihak, ketidaksanggupankerajaan persekutuan melaksana sistem perundangan Islam dalam sistempemerintahan di negara ini dan memperkukuhkan hujah parti pembangkang bagimelabel pemerintah di Malaysia tidak bersedia untuk melaksana undang-undang
6
 jenayah (Hudud) di negara ini. Apakah pandangan ini sesuatu yang benar atau sebagaisatu andaian bagi melebarkan jurang persamaan keinginan politik dalam pelaksanaanundang Islam di negara ini.
Aliran pemikiran kepimpinan negara
Perubahan sikap dan kecenderungan parti pemerintah serta kerajaan terhadapIslam bersangkut paut dengan kehendak dan keinginan rakyat. Era tahun-tahun 1970an dan 1980 an dikatakan era kebangkitan Islam. Rakyat pada semua peringkatkhususnya generasi muda di Institusi-institusi Pengajian Tinggi mula memperkata Islamdan memperlihat satu aliran perkembangan Islam yang agak ketara. Kecenderungangolongan ini menghayati Islam akhirnya menuntut kerajaan supaya melaksanakansistem

Islam dalam semua bidang. Muhammd Nor Manuty dalam thesis Ph.Dnyamenulis “
What is need, therefore is the total implementation of the Islamic Syariahwhereby totality of Islam must be strictly implemented. It must not be as it is now whereonly some fringe changes were intorduced in the present system
..”
11
.Kesan daripada keinginan rakyat ini memaksa kerajaan mendekati agamasebagai
respond
kepada arus kebangkitan Islam. Reaksi awal kerajaan dapat dilihatdalam era tahun 1970 an dan awal 1980 an apabila kerajaan mula melaksanakan nilai-nilai agama sebagai teras dalam sistem kewangan dan ekonomi seperti tertubuhnya
Bank Islam
,
Takaful Islam
,
al-Rahn
(pajak gadai Islam), dalam sistem pentadbirankerajaan melaksanakan dasar penerapan nilai-nilai Islam
12
. Dalam sistem perundanganberlaku pindaan Perlembagaan Perkara 121 dan melakukan penyelarasan undang-undang syariah. Dalam sistem pendidikan, kerajaan menubuhkan banyak universitidan fakulti yang berasaskan agama seperti
Fakulti Islam Universiti KebangsaanMalaysia
,
 Akademi Islam Universiti Malaya
dan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Pemimpin parti pemerintah dalam melahirkan pandangan tentang isupelaksanaan undang-undang Islam tidaklah sendalam sebagaimana pemimpin partipembangkang. Namun didalam hati kecilnya tersemat juga cita-cita untukmendaulatkan Islam sebagai system perundangan. Pada pemimpin parti pemerintah,undang-undang Islam belum dapat dilaksanakan sepenuhnya di negara ini keranaberhadapan dengan masyarakat berbilang kaum
13
. Pendapat ini sudah disanggahi olehbanyak pihak khususnya mereka yang berautoriti dalam perundangan Islam
14
.Penulisberpandangan bahawa tanggapan tersebut tercetus daripada faktor sejarah,
7
latarbelakang pendidikan pemimpin dan persekitaran lingkungan yang telah membentukdan mempengaruhi sikap serta identiti seseorang dan institusi yang mereka tadbirkan.Kepimpinan negara di bawah Yang Mulia Tunku Abdul Rahman al Hajmempunyai pandangan tersendiri dalam masalah ini. Perkara ini dapat dilihat, dimanaTungku tidak senang dengan konsep negara Islam, iaitu negara yang mengamalkansistem Islam yang menyeluruh. Pendirian beliau dapat dilihat semasapendokumentasian Perlembagaan Malaysia, beliau menyebut: “
There has beenincluded in the proposed Federal Constitution a declaration that Islam is the religion of the federation. This will in no way effect the present position of the federation as asecular state.
Tunku mengulangi pendiriannya pada tahun 1983 semasa menyambut harijadiyang ke- 84. Tunku menasihatkan pemimpin UMNO agar tidak menjadikan Malaysiasebagai sebuah negara Islam. katanya “
The country has a multiracial population withvarious belief. Malaysia must continue as a secular state with Islam as the official religions

15
. Tunku tidak melihat Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan abadiyang mencakupi semua persoalan hidup. Imej Tunku sebagai seorang sekularis Melayudapat dilihat daripada beberapa pendirian beliau terhadap perundangan Islam yangdisifatkannya sebagai `
out-of date
` dan tidak sesuai. Sikapnya ini tetap dipertahankanoleh Tunku walaupun mendapat kritikan daripada masyarakat. Tunku membalas kritikanitu dengan kata-kata sebagai `
returning to the old days
` dan sebagai undang-undangyang sudah lapuk
16
. Malah apabila berlaku satu tuntutan daripada masyarakat untuk menghukumpara peminum arak dan pasangan berkhalwat dirotan, Tunku kembali menentangnya.Katanya hukuman ini sudah lapok dan ketinggalan zaman. Baginya kalau berita itutersebar, padahnya pelancong akan menjauhkan diri dari Malaysia
17
. Tunku jugamenganggap hukuman rotan itu sebagai antik dan ketinggalan zaman.Dari satu sudut pemikiran Tunku begitu naif dengan undang-undang Islam,kerana menganggap agama Islam sebagai amalan `
ritual
` dan simbolik semata-mata.Dari aspek lain Tunku tidak pula menafikan soal perkembangan Islam sepanjangpemerintahannya. Dalam membangun aspek ekonomi, Tunku tidak melupaiperkembangan institusi ibadat seperti surau, masjid, institusi pendidikan agama sepertipondok dan madrasah. Acara seperti musabaqah al-Qur’an telah dijadikan acara tradisinegara, dengan bertujuan supaya masyarakat mencintai dan menghayati isi kandunganal-Qur’an. Majlis sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti awal Muharram, Maulid
8
Nabi, dan Malam Lailatul Qadr tetap diadakan. Aktiviti ini bertujuan sebagai pembangkitsemangat untuk masyarakat menghayati Islam. Aktiviti –aktiviti begini telah dijadikanacara rasmi negara yang dianjurkan setiap tahun. Seminar-seminar dan kursus-kursusberhubung dengan Islam dilakukan tanpa ada sekatan atau gangguan daripada pihakkerajaan
18
.Demikian juga negara di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak bin Dato Hussin,Perdana Menteri kedua, dan Tun Hussien bin Dato Onn Perdana Menteri ketiga, merekamenunjukkan cita-cita yang tidak banyak berbeza daripada kepimpinan Tunku. Tun Abdul Razak tidak menunjukkan sikap menentang terhadap perundangan Islam. Beliau juga tidak menunjukkan tahap relatif rendah dalam soal pelaksanaan undang-undangIslam. Namun daripada ucapan-ucapan yang dikemukakan tercermin minatnya kepadaIslam dan perundangannya seperti kata-katanya:
Saya telah mengesyurkan kepadaMajlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia supaya melantik satu jawatankuasa bagi mengadakan undang-undang pentadbiran Syariah terutama sekali yang menyentuhaspek nikah cerai orang Islam. Saya telah minta jawatankuasa ini membuat syor-syor untuk mengetatkan lagi undang-undang dan peraturan nikah cerai bagi orang Islam,sesuai dengan kehendak agama Islam yang sebenar
19
.
Katanya lagi:
Dalam usaha kita hendak meninggikan martabat Islam sebagai agama resmi negara, banyak kemudahan- kemudahan yang telah kita sediakan bagi rakyat dalam bidang pendidikan, pelajaran kepusat-pusat pengajian tinggi”
20
.Beliau telah melakarkan beberapa daya usaha yang telah dijalankan olehkerajaan atas keprihatinannya terhadap agama Islam. Antaranya beliau menyebut: “
Kita telah membuktikan bahawa cita-cita dan azam kita hendak meninggikan Syiar Islambukanlah tinggal cita-cita semata-mata bahkan boleh dilihat dengan jelas kejayaan yang dicapai
”. Antara perkara yang beliau dikemukakannya ialah mengadakan pertandinganal-Qur’an, menjadi tuan rumah Persidangan kelima Menteri-menteri Luar Islam,pembinaan Masjid Negara, yang menjalankan kegiatan penting seperti Ma`ah tahfiz,Kelas agama, dan perpustakaan Islam, melaksanakan sistem pendidikan Islam disemua peringkat, melancarkan Tabung Ekonomi Islam, menaikkan taraf pegawai agamaIslam, mengiktiraf para Intelek Islam dengan memberi tempat dalam pentadbiran,menubuhkan
Yayasan Dakwah Islamiah
, mewujudkan
Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam
yang terangkum di dalamnya Institut Dakwah, Pusat Penyelidikan Islam,mencadangkan penubuhan
Bank Pembangunan

Islam
dan pengiktirafan ijazah daripadaUniversiti Islam Asia Barat dan Utara Afrika.
9
Kata Tun Abdul Razak lagi:
Dalam usaha kita hendak meninggikan martabat Islam sebagai agama rasmi banyak kemudahan yang telah disediakan bagi rakyat dalam bidang pendidikan, pelajaran mereka ke pusat pengajian tinggi seperti UKM,Kolej Islam…
21
Hal yang sama juga berlaku kepada Tun Hussein Onn Presiden UMNO keempatdan Perdana Menteri ketiga. Walaupun ada usaha-usaha untuk mengangkat martabatIslam sebagai agama rasmi, dan penghayatan Islam secara menyeluruh, tetapi era TunHussein Onn belum lagi menyediakan agenda yang besar bagi perkembangan Islamdan sistem perundangannya. Sikap Tun Hussein Onn mempunyai pemikiran yang samadengan kedua-dua pemimpin yang terdahulu. Tun Hussein Onn mengucapkan:
Sayasudah memberi pengakuan disini bahawa kerajaan akan menjalankan apa jua langkahyang boleh dan sesuai bagi meninggikan lagi syiar dan kesucian Islam serta menjaminkedudukan yang tinggi agama suci ini sejajar dengan tarafnya sebagai agama resmi negara kita”
22
.
Katanya lagi,
Peruntukan telah dan akan terus disediakan oleh kerajaan pusat dan negeri bagi pembinaan masjid, surau dan keselesaan umat Islam beribadat kepada Allah, kerajaan mewajibkan bidang pengajian Islam kepada para pelajar Islam di sekolah-sekolah rendah, menengah dan pusat-pusat pengajian tinggi, memberi biasiswa bagi para pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti dalam pengajianIslam…
23
Dalam masa yang lain Tun Hussein Onn mengungkapkan
Malaysia adalahsatu-satunya negara di dunia ini yang telah meletakkan taraf agama Islam di peringkat yang paling tinggi secara undang-undang, iaitu tercatat dalam perlembagaan Perkara3
24
.
Kedua-dua pemimpin ini tidak pernah mengungkapkan kesediaan kerajaan untukmerealisasikan sistem perundangan Islam, tetapi sekadar berusaha meningkatkankualiti kefahaman masyarakat melalui sistem pendidikan, memberi ruang danprasarana kepada perkembangan Islam dan cita-cita pelaksanaan undang-undangIslam. Walaupun mereka lebih banyak menumpukan pembangunan negara dari aspekmaterial tetapi soal-soal keagamaan tidak diabaikan.Semasa negara di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad,memperlihatkan perubahan yang menampakkan peningkatan cita-cita kepadapelaksanaan undang-undang Islam. Antaranya, dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam
10
kepimpinan dan pentadbiran negara, kepimpinan melalui teladan, pembenterasan politikwang dalam UMNO dan kerajaan serta penguatkuasaan akta rasuah
25
.Tindakan berkenaan dianggap sebagai kesungguhan pemimpin kerajaan dalammerealisasikan sebahagian kecil daripada tuntutan agama. Dalam isu Hudud misalnyakerajaan secara terangan tidak menolak undang-undang ini. Yang menjadipertikaiannya ialah dari segi pendekatan pelaksanaannya sahaja. Buktinya ialah jawapan yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perbahasan di DewanRakyat pada 19 Mac 1982
26
. Antara jawapannya beliau tidak menafikan soal kewajipanuntuk melaksana undang-undang Islam, tetapi pada beliau, undang-undang itu perludilaksanakan secara berhati-hati.Transformasi yang dibawa bermula pada 1981 ini, ada hubungkaitnya denganlatarbelakang Tun Mahathir dan pengaruh daripada persekitaran yang melingkunginyaseperti desakan kumpulan gerakan dakwah, golongan intelek dan parti-parti politikIslam.

Secara kebetulan Mahathir Mohamad, menjadi Perdana Menteri ketika aruskebangkitan Islam sudah bertapak dan begitu rancak. Generasi muda dari InstitusiPengajian Tinggi memainkan peranan penting dalam mendokong gerakan Islam
27
.Masyarakat juga mula terhimbau untuk menyahut bersama generasi muda, mendesakkerajaan supaya melaksanakan Islam, sebagai satu alternatif kepada sistem-sistemyang bertentangan dengan Islam dilaksanakan oleh kerajaan ketika itu. (Hussin Mutalib:79). Oleh itu, UMNO terpaksa menyesuaikan diri dengan iklim ini, dan melaksanakanaktiviti-aktiviti yang berbentuk Islam (Funston: 180, Khoo Boo Teik; 1996:161). Tindakanini dibuat agar UMNO tidak dianggap sebagai parti yang menentang dan tidak berminatdengan Islam. Sesetengah pemerhati politik seperti Khoo Boo Teik melihatkesungguhan yang ditunjukkan itu semata-mata bertujuan untuk mengawal danmemanipulasi terhadap kebangkitan Islam. (Khoo Boo Teik: 161)Tahap cita-cita relatif tinggi kerajaan untuk merealisasikan undang-undang Islamdiperkukuh dengan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982.Penglibatan Anwar Ibrahim dalam kerajaan menjadi aspirasi pimpinan negara untukmelaksana undang-undang Islam. Ini kerana Anwar Ibrahim terkenal dengan imej Islamdan diiktiraf dunia sebagai tokoh pemimpin gerakan Islam, yang diyakini mampumenangani persoalan pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia.Tun Abdullah Ahman Badawi memulakan pemerintahannya dengan imej seorangmuslim sejati yang berlatarbelakangkan keluarga tuan guru pondok dan membesar didalam suasana pembelajaran Islam di pondok. Tun Abdullah telah memperkenalkan
11
konsep Islam Hadhari yang menekankan kepada sepuluh prinsip dengan tujuan untukmelancarkan pembangunan bangsa secara sepadu antara kualiti intelektual, spiritual,emosional dan material.( Fairuzah Basri; 2008: 239) Konsep ini telah menjadi agendapolitik UMNO dan dilihat berkaliber mengatasi konsep Islam progresif yang dibawa olehPAS.(Terence Chong; 2006: 27) Buktinya, pada PRU 2004, Tun Abdullah mendapatmajoriti terbesar dalam sejarah pilihanraya Malaysia.Islam Hadhari tidak menampakkan perubahan ketara dari aspek Islamisasiperundangan Islam seusai pemerintahannya. Skopnya masih tertumpu pada prosespendidikan untuk mewujudkan peradaban Islam. Tafsiran Islam Hadhari atau
civillizational Islam
secara jelas diterangkan melalui kata-kata beliau:
it must beemphasized that the concept of creativity, rationalization and renewal is central to theteachings and traditions of islam. The text of the holy qur’an contains many verseswhich requests humans to use his or her intellect, to ponder, to think and to know.Critical and analytical thinking is encouraged and exhorted in islam. It is therefore wrong to consider muslims as being incapable of absorbing modern ideas and practicing amodern way of life.(YAB Tun Abdullah Badawi;
United Nations University, Tokyo, Japan:26.5.2006)Tun Abdullah Ahmad Badwi memilih untuk mengenepikan dulu soalpenguatkuasaan undang-undang melalui ucapannya:
Masalah umat Islam di Malaysiahari ini ialah masaalah tafsiran Islam yang tidak tepat dan kegagalan membuat  penyusunan keutamaan atau awlawiyyat. Sebagai contohnya, ada kalangan ummat Islam yang hanya melihat Islam dari sudut undang-undang dan oleh itu menjadi terlaluobsessed dengan keperluan untuk membentuk masyarakat hanya dari sudut  perundangan. Obsesi ini menyebabkan mereka terlalu ghairah bukan untuk berdakwahtetapi untuk menghukum. Ada juga golongan lain pula melihat Islam dari sudut politik semata-mata dan meminggirkan keutamaan-keutamaan lain yang lebih penting untuk didahulukan.(
Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi; Pelancaran dan Perasmian IslamHadhari Pengurusan Negara Islam: 30 Januari 2004)Dato’ Seri Najib mewarisi penghujung pemerintahan Tun Abdullah yang telahmeletakkan jawatan selepas kekalahan teruk pada 2008 dengan UMNO kehilangannegeri Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang di samping Kelantan yang sentiasamenjadi kubu kuat PAS. Justeru, sehingga hari ini, Dato’ Seri Najib masih berusahamembaiki situasi yang ada terutamanya masalah sokongan bukan Melayu dan golonganpengundi Melayu muda yang celik IT dan terdedah kepada maklumat pantas daripada
12
internet. Bagi menyeimbangkan pemerintahan sedia ada, Dato’ Seri Najibmemperkenalkan dasar satu Malaysia yang mengambilkira kepentingan setiap etnik. Iadijana melalui Projek Transformasi Kerajaan yang diinovasikan di bawah ModelEkonomi Baru.(Perutusan YAB sempena Ramadhan, www.1malaysia.com.my)Terdapat beberapa usaha transformasi dalam mahkamah syariah dilakukan;penubuhan Biro Sokongan Keluarga, pelanjutan umur bersara ketua hakim, pelantikandua hakim syarie wanita. Dalam ucapannya, beliau menggesa agar Jabatan KehakimanSyariah Malaysia ditransformasikan corak pengurusan secara lebih kreatif dan gayakepimpinan yang inovatif dalam memartabatkan Mahkamah Syariah danmemperkasakan integriti para hakim dan pegawai syariah.(Perutusan YAB sempenaPerasmian Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-12), dalam erakepimpinan yang terdekat ini beliau belum menampakkan kesediaan dan kesungguhanpri pentingnya pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.
Keinginan politik dalam pelaksanaan undang-undang Islam
Secara umumnya, cita-cita politik untuk melaksanakan undang-undang Islamwujud di kalangan pemimpin Malaysia. Namun ia berlangsung secara berperingkat danberansur berdasarkan tahap kesedaran dan kefahaman pemimpin itu sendiri.Pelaksanaan Islam lebih bersifat alternatif kepada sistem warisan penjajah yang masihkuat mencengkam pemikiran pemimpin Malaysia. Faktor-faktor yang mempengaruhipendekatan pemimpin adalah:
1.
Latarbelakang pemimpin
Fitrah setiap manusia ingin akan kebaikan, kesempurnaan, keharmonian,kedamaian, ketenangan, kemuliaan, kekayaan dan kuasa. [al-Rum:30] Keinginan inisudah menjadi pengetahuan umum dan tidak boleh dinafikan. Al-Qur’an menyebut soalini dalam banyak tempat antaranya; firman Allah swt bermaksud: “
Dalam masjid itu adaorang laki-laki yang suka [mengambil berat] membersihkan [mensucikan] dirinya, dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka [zahir dan batin] [Taubah:108]
Demikian juga firman Allah swt bermaksud:
Dan orang-orang [Ansar] yang mendiami negeri [ Madinah] serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka

 perasaan
13
berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri,sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat…[ al-Hasyr:9]
Namun

majoriti pemimpin Malaysia mempunyai latarbelakang pendidikan aliranInggeris yang memisahkan agama dan dunia. Sikap was-was terhadap sistem Islamdalam seluruh aspek kehidupan begitu ketara. Dari satu segi, semangat untukmeninggikan syiar Islam begitu ketara tapi dari segi implimentasi tidak memberikangambaran yang sebenarnya. Kerangka pemikiran yang telah dibentuk penjajahmendasari sebahagian besar pemimpin menyebabkan konsep Islam diterapkan secaraalternatif. Contoh yang paling jelas, kewujudan perbankan Islam di samping kerancakansistem perbankan konvensional, kewujudan pusat judi terbesar di Asia Tenggara disamping cita-cita menjadikan Malaysia
halal-hub
dunia. Dua aspek yang salingbertentangan antara satu sama lain.Berkali-kali pemimpin menegaskan bahawa Malaysia terdiri daripada pendudukmultietnik dan tidak sesuai dijalankan sepenuhnya undang-undang Islam. Pendudukbukan Islam akan merasa terganggu sekiranya Islam diimplimentasi sepenuhnya. Kajianmendapati sebahagian besar masyarakat bukan Islam di Malaysia merasa bimbangtentang peletakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam kerana ia mencabar kebebasan beragama di Malaysia. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pulaberpandangan masyarakat bukan Islam tidak diberi penerangan yang baik tentangIslam. Pengetahuan mereka hanya terhad kepada tidak boleh minum arak, tidak bolehmakan babi, boleh berpoligami dan seumpamanya. Malah mereka tidak memahamiasas Islam seperti Rukun Islam dan Rukun Iman (Kajian Penerimaan Bukan IslamTerhadap Proses Islamisasi di Malaysia: 2009). Oleh itu, masalah sebenar bukanketidaksesuaian tetapi ketidakfahaman bukan Islam terhadap agama Islam yangsebenar.
2.Pengekalan Malaysia sebagai sebuah negara Islam
Pelaksanaan Islam di Malaysia bukan sahaja datang daripada tuntutanorganisasi Islam, juga atas komitmen kerajaan untuk melaksanakanya. Kerajaansentiasa prihatin atas pandangan tersebut, dan sentiasa menjaga supaya pandangan ituberterusan dan mengekalkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Mahathir Mohamad mengatakan: “
Bahawa kerajaan Malaysia sebagai kerajaan yang
14

bertanggungjawab terhadap agama dan umat Islam keseluruhannya
….[UM:1994:6]Kerana itu Sayed Hamid Albar menyatakan secara jelas tentang komitmen kerajaanuntuk melaksanakan sistem perundangan Islam. Dan pelaksanaan itu harus secaraberperingkat-peringkat bagi mengelak timbulnya sebarang perasaan tidak puas hati dikalangan masyarakat. Katanya: “
Pertikaian sama ada kerajaan akan melaksanakanhukum hudud atau tidak bukan persoalannya. Sebagai sebuah negara Islam kerajaantidak menolak hukum hudud, apa yang ingin kita tekankan ialah melahirkan individu,masyarakat dan negara Islam”. [UM:1994:6]
Diperkukuhkan lagi oleh Mahathir Mohamad dalam kenyataannya yangmemperlihatkan komitmen kerajaan dalam isu pelaksanaan undang-undang Islam. Dimana kerajaan sedang berusaha mengkaji dan menyemak semula undang-undang sivildan jenayah negara bagi memastikan ia tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam.Katanya: Ini bermakna sedikit sebanyak negara sudahpun menerima undang-undangyang bukanlah dikatakan undang-undang Islam atau syariah [sepenuhnya] dan iamerupakan sebahagian daripada proses kehadiran dalam Malaysia.[ UM:1996:7]Sebagai kesimpulan faktor utama yang mendorong relatif tinggi cita-cita politikdalam pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia ialah persaingan antara partipolitik muslim. Persaingan antara UMNO - PAS bukanlah satu perkara baru, ia telahberlaku sejak mula ia ditubuhkan berpunca daripada dasar perjuangan yang berbeza.Nasionalisme yang melandasi perjuangan UMNO pada dekad-dekad awalpenubuhannya tidak dapat diterima oleh PAS yang melandasi perjuangannya kepadaIslam.
3.
Pemahaman konsep Islam
Pentafsiran Islam memberikan impak terhadap pelaksanaan undang-undang Islam diMalaysia. Pada umumnya pemikiran pemimpin di Malaysia memperlihatkanpemahaman pembangunan Islam dari sudut material sementara dari aspek undang-undang mereka lebih berpijak dengan sistem yang sedia ada, mungkin masa akanmenentukan sesuatu perubahan kepada sistem perundangan yang sedia ada kepadasatu sistem yang dekat dengan Islam. Pada asasnya, kosmologi alam Melayumengaitkan Islam dengan ketuanan Melayu. Semangat kebangsaan Melayu telahmenenggelamkan tuntutan perjuangan Islam yang sebenar kecuali jika ia pada masayang sama mampu memberi pengukuhan kepada status peribumi dan perlindungankepada ketuanan bangsa Melayu. Tetapi era kebangkitan Islam telah sedikit sebanyak
15

menekan nilai tersebut. Sekalipun Islam telah diperjuangkan telah sekian lama dalampelaksanaan Syariah Islam, tetapi dari aspek pelaksanaan masih jauh daripada apayang dikehendaki, sekalipun akhir-akhir ini penegasan untuk mendaulatkan hukum Allah dibuat secara meluas dan diterima secara universal(Mohamad Abu Bakar;2001:432). Namun penerimaan pemerintah dalam hal ini masih mendendangkan nada dansuara yang sama sebagaimana para pemimpin yang terdahulu.
4.Peruntukan dalam perlembagaan
Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalahagama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dandamai di mana-mana bahagian Persekutuan. Pada dasarnya, peruntukan ini tidakbertujuan untuk melaksana undang-undang Islam, dan menjadikan Malaysia sebagaisebuah negara Islam. [ Mohd Sufian Hashim:1962:8] Tetapi Islam dalam perlembagaanitu boleh ditafsir lebih luas dan mencakup. Ahmad Ibrahim tidak menyetujui istilah agama Islam dalam peruntukan itu dilihatdari perspektif Barat, yang hanya menafsirkannya sebagai satu amalan
ritual
[amalanlazim] dengan tidak mencakupi amalan dalam bidang-bidang sosial, politik dan undang-undang. Beliau berpendapat perkataan agama itu hendaklah dilihat dan ditafsir dariperspektif Islam yang mencakupi semua bidang kehidupan. Pengamal- pengamalundang mesti bebas menafsirkan perkataan tersebut dan tidak terikat dengan tafsirantradisi yang diwarisi daripada Barat.[ Ahmad Ibrahim: 1996:129 – 149] Hashim YeopSani bekas hakim juga sependapat dengan Ahmad Ibrahim, dan menyatakan rasa tidaksenang beliau terhadap pandangan yang dikemukakan oleh Sheridan dan H E Groves [L A Sheridan dan H E Groves:1979:37] yang mempersempitkan penggunaan istilahagama Islam dalam Perlembagaan.

[ Hashim Yeop Sani:t.t:17]
Bagi Ahmad Ibrahim, kedudukan agama Islam diperuntukkan dalamPerlembagaan Persekutuan adalah jelas, dan boleh digunapakai dalam usaha untukmemperkembang agama Islam dari semua aspek termasuk soal-soal perundangan. Ahmad Ibrahim menyebut:
oleh kerana itu tidak ada halangan dihujjahkan kemudianbahawa oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan, ini membolehkan ajaran Islamdimasukkan dan diterapkan dalam politik negara apabila masanya sesuai. [ Ahmad Ibrahim:1996:130]
5.Penyediaan ke arah pelaksanaan undang-undang jenayah
16


Dalam tahun 1988 Parlimen meminda Perkara 121 dan Perkara 5. Perkara121 Fasal (1) yang menyatakan bahawa kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalahterletak kepada dua Mahkamah Tinggi sahaja yang mempunyai bidang kuasa yangselaras dan setaraf. Peruntukan ini boleh mempertikai keputusan mana-manamahkamah termasuk keputusan Mahkamah Syariah. Misalnya kes Commissioner of Religious Affairs Terengganu lwn Tengku Mariam [ 1970] 1 MLJ 222. Perkara yangditimbulkan ialah tentang sah atau tidaknya wakaf khas yang dibuat oleh Tengku Chik.Wakaf itu ialah untuk keluarga Tengku Chik dan selepas itu untuk Islam dan penuntut-penuntut pengajian Islam. Ahli waris yang berkenaan telah bersetuju dan merujukperkara tersebut kepada Mufti dan Mufti telah memberi fatwanya bahawa wakaf itu sah.Walau bagaimanapun beberapa orang ahli waris mengemukakan perkara tersebut keMahkamah Tinggi. Dalam perkara itu telah terdapat keputusan
Privy Council
yangmenunjukkan wakaf tersebut tidak sah, kerana itu Mahkamah Tinggi mengikutkeputusan yang dianggap mengikatnya dan memutuskan bahawa wakaf itu tidak sah. Apabila dirayu ke Mahkamah Persekutuan, keputusan yang sama juga diambil.[MLJ:1970:222] Apabila Perkara 121 dipinda pada tahun 1988 dengan memasukkan Fasal (1A)yang memperuntukan; Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidakboleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Kesan daripada pindaan ini telah melibatkan kuasaMahkamah Syariah, iaitu Mahkamah Tinggi tidak boleh campur tangan atau tidak bolehmempertikai keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah sebagaimanasebelum tahun 1988, Umpamanya kes Ainan bin Muhammad vs Sayed Abu Bakar [1939] MLJ 20, mengenai pengsahan anak yang dilahrikan empat bulan selepasperkahwinan. Kes Nafsiah vs Abdul Majid [1969] 2 MLJ 174 dan 175, masalahmengenai mungkir janji perkahwinan. Kes Roberts Vs Ummi Kalthom [1966] 1 MLJ 63,masalah mengenai tuntutan harta sepencarian.seperti pusaka, penjagaan anak(hadanah) dan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Jadual 9 Senarai 2Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh kita lihat kes Mariyam lwn Mohammad Arrif, apabila berlaku pencerian yang diadakan dihadapan kadi, Kadi telah mencatitkanatas persetujuan bersama kedua pihak dalam memberi hak penjagaan anak hasil dariperkahwinannya iaitu seorang anak perempuan 8 tahun dan seorang anak lelaki 3 tahunkepada bapa mereka. Kemudian Ibunya bekahwin dengan laki-laki bukan muhrimkepada anak. Ibu tersebut menuntut hak jagaan anak. Hakim Abdul Hamid pada masa
17

itu membuat keputusan tidak menghiraukan perintah kadi, pihak menuntut bolehmembuat permohonan itu dan mahkamah sivil boleh mendengar permohonan tersebut.Lihat [1971] MLJ. 265.
Kesimpulan
Jelas kepada kita bahawa kehidupan sebelum penjajahan banyak dipengaruhioleh Islam sehingga undang-undang Islam juga turut dilaksanakan. Tetapi malangnyasetelah negara dijajah oleh bangsa asing maka kita akur dengan keputusan penjajahdalam mendraf perlembagaan menurut kehendak mereka.Menurut Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim, masih terdapat banyak undang-undang di Malaysia yang bercanggah dengan undang-undang Islam, yang diluluskandari zaman penjajah (http://www.islam.gov.my). Kita sebagai umat Islam semestinyamengetahui dan melihat bagaimana kaedah yang terdapat dalam Islam berkaitandengan penggubalan perlembagaan Negara Islam. Islam mensyaratkan orang Islamsahaja yang terdiri para ulama dalam pelbagai bidang berada dalam
“Wilayah Tafwid”
iaitu sebagai penggubal dasar negara. Orang bukan Islam hanya dibenarkan terlibatdalam
“Wilayah Tanfiz”
iaitu pelaksana sahaja. Ini kerana urusan umat Islam harusdiurus dan ditadbir oleh orang Islam, kerana ia bertanggungjawab kepada Allah swt danyang sepatutnya diserahkan kepada ahli dalam bidangnya.
Rujukan
1.
Mahayudin Hj. Yahaya, et al. (1993),
Sejarah Islam
, cet.1, Fajar Bakti:KL
2.
 Ahmad Ibrahim (2002),
Sistem Undang-Undang Di Malaysia
, DBP:KL
3.
http://www.islam.gov.my, (26 Ogos 2010) laman web rasmi JAKIM
4.
Sam Swee Hock, (2006),
Malaysia Recent trends and challenges,
Institutes of Southeast Asian Studies: Singapore.
5.
Fairuzah Hj. Basri, (2008),
Tamadun Islam dan Tamadun Melayu:Perkembangan dan Isu Kontemporari,
UPENA: Shah Alam.
6.
http://www.1malaysia.com.my (30 Ogos 2010) laman web rasmi satu malaysia7.http://www.pmo.gov.my (30 Ogos 2010)laman rasmi pejabat Perdana MenteriMalaysia
18


8.
 Abdull Rahman Mahmood et al.(2009), Kajian Penerimaan Bukan IslamTerhadap Proses Islamisasi di Malaysia, dalam
Jurnal Hadhari
Bil 2, Institut of Islam Hadhari, UKM.
9.
Mohamad Abu Bakar(2001), Kosmologi Melayu dan Kebangkitan Semula Islam,dalam Kosmologi Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
10.
Hasan Bahrom, (2000), Cita-cita Politik Dalam Pelaksanaan Undang-undangIslam di Malayasia, Thesis Doktor Falsafah, Akademi Pengajian Islam, UniversitiMalaya
11.
 Alias Mohammad, Dr,

1984, Gerakan Sosial dan Politik Kelantan
, Petaling Jaya:Insular Publishing House, 1984.
12.
 Abdul Halim Muhammady,

1993, Perkembangan Undang-undang Islam dari Zaman Rasul Allah Sehingga Zaman Penjajah Barat
, Petaling Jaya: BudayaIlmu.
13.
Chandra Muzaffar, Dr, 1982,
 protector an Society, Analysis a of the Concept of Practice in Leaders, Relation Script within Malay Society
, Pulau Pinang: Aliran.
14.
Hamid Jusoh,

1992,

Keududkan Undang-undang Islam dalam PerlembagaanMalaysia, Satu Rujukan Khas Terhadap Kes-kes Konversi dalam Undang-undang Keluarga
, (terj) Raha Rahawani Raja Mamat, Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.
15.
Ibrahim Yeop Sani, 1989,
Islam Dalam Perlembagaan
, Kuala Lumpur: InstitutDakwah dan Latihan Islam, Jabatan Perdana Menteri.
16.
Hooker M B, 1972,
 Adat Laws an Malaya; Land Tenure, Traditional Government and Religion
, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1972.
17.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Prof Dato Dr, 1988,
Ke arah MerealisasikanUndang-undang Islam di Malaysia
, Selangor: Thinker’s Library.
18.
Hussin Mutalib, 1990,
Islam and Ethnicity in Malay Politics
,
Singapore:Oxford University Press.

19

1
Kertas ini dibentang di Persidangan Antarabangsa Islam Dalam Masyarakat Malaysia, Anjuran Universiti Malayapada oktober 2010
2

[Md Akhir Yaacob:1997:63-65]
3

[Yusuf Musa:1958:9]
4

[Yusuf al-Qardawi:1997:20-21]
5

[Mahmood Zuhdi:1997:27]
6

(Mahayudin Yahaya,1993: 622)
7
(
www.kias.edu.my
).
8

(Ahmad Ibrahim, 2002:52)
9

(Ahmad Ibrahim, 2002:54)
10

(Utusan online,13 Ogos 2008)
11

[ Mohd Noor Manuty: 1990: 30]
12

.[ Husein Mutalib:39]
13

(Muhammad Abu Bakar, 1979:25)
14

(Mahmood Zuhdi; 1988:32)
15

(The Star, 9 Feb 1984)
16

(Tunku Abdul Rahman, 1978: 179 – 182)
17

(Tunku Abdul Rahman, 1987:3)
18

( Husein Mutalib:78)
19

(Abdul Razak Husein; 1972:123)
20

(Abdul Razak Husein; 1974:108)
21

(Razak Husein; 1974:108)
22

(Husein Onn; 1977:239)
23

( Husein Onn: 1980)
24

(Husein Onn:198)
25

(Husein Mutalib:134)
26

(YAB Perdana Menteri Malaysia dalam perbahasan di Dewan Rakyat pada 9hb Mac 1982)
27

(Sidiq Fadhil: 1977, Mustafa Kamil Ayub: 1995)