murtad | Ar orang yg keluar drpd agama Islam, sama ada melalui perbuatan, perkataan, atau niat: orang yg begitu adalah orang yg kufur, yg ~, yg derhaka, kerana mahu menyamai Tuhan Maha Pencipta; memurtadkan menjadikan seseorang murtad: watak utama bernama Kamil telah ~ ramai orang; kemurtadan perihal murtad: setiap Muslim yg murtad tidak boleh diakui ~nya, tetapi hendaklah disuruh kembali kpd Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
murtad | (bagi orang Islam) keluar drpd agamanya; tidak patuh pd agamanya; membuang iman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Murtad
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Individu | |
Kumpulan | |
Istilah | |
Murtad bermaksud meninggalkan ("keluar") dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme).
Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagaimusyrik.
Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.
Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia
1. Lemah pegangan agama.
2. Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.
3. Menyedari tentang kebaikan dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama lain.
4. Faktor perkahwinan.