Golongan anti hadis dan fitnahnya
KUMPULAN anti hadis ataupun ingkar sunnah adalah kumpulan yang menolak hadis sebagai sumber rujukan umat Islam. Mereka lebih gemar berpegang dengan al-Quran, kerana menurut mereka al-Quran, kalam ALLAH SWT sahaja tiada keraguan.
Mereka juga beranggapan hadis adalah sesuatu yang tidak relevan pada masa kini, iaitu berdasarkan kritikan mereka terhadap status hadis terutamanya dari sudut periwayatan yang dikatakan telah berlaku manipulasi atau penyelewengan.
Golongan Qur'aniy
Justeru itu, tidak hairanlah golongan ini mendakwa mereka sebagai golongan Qur'aniy yang lebih cenderung menggunakan al-Quran semata-mata sebagai suatu sumber utama rujukan, dengan menolak sumber-sumber hukum yang disepakati oleh golongan ulama Ahli
Sunnah wal Jamaah antaranya adalah hadis Nabi Muhammad SAW.
Sebenarnya tohmahan sebegini sedikit menggelikan hati kerana pada awalnya mereka mendakwa mereka adalah yang mempertahankan al-Quran dengan mendakwa mereka golongan Qura'niy yang hanya berpegang kepada al-Quran semata-mata tanpa menghiraukan hadis. Mana tidaknya, jika mereka meragui perihal status hadis dari sudut periwayatannya bagaimana mereka meyakini al-Quran yang mereka pegang itu benar sedangkan jalan ataupun metodologi sampainya al-Quran kepada umat Islam pada hari ini adalah jalan yang sama, sebagaimana metodologi periwayatan hadis yang didakwa berlaku penyelewengan.
Jika mereka meragui hadis, kenapa mereka tidak meragui al-Quran sedangkan al-Quran dan hadis itu melalui jalan yang sama daripada Nabi SAW kepada sahabat, tabiin, tabi’ tabiin dan sehinggalah kepada sarjana dan cendekiawan Islam pada hari ini. Hujah ini adalah antara hujah kuat bagi mematahkan pendapat golongan anti hadis yang mengatakan sistem periwayatan hadis berlaku penyelewengan.
Selepas Nabi SAW wafat
Kemunculan kumpulan anti hadis ini bukanlah sesuatu yang ganjil bagi mereka yang memahami selok-belok sejarah aliran ideologi dalam pemikiran umat Islam. Bibit-bibit permulaan kumpulan ini dikatakan wujud semenjak selepas kewafatan Nabi SAW lagi.
Antaranya ialah golongan yang ingkar pada pemerintahan khalifah Islam pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA yang tidak mahu mengeluarkan zakat, berpuasa dan amal kewajipan yang lain, kerana mereka beranggapan hal ehwal ibadah itu hanya wujud pada zaman
Nabi SAW sahaja. Maka golongan ini serta merta diperangi oleh Saidina Abu Bakar dan dihukum murtad atau terkeluar dari agama Islam.
Fahaman ini beranggapan ketiadaan Nabi SAW adalah suatu hujah buat mereka bagi menolak perintah Baginda SAW dan mentafsirkan pemahaman Islam dari al-Quran secara harfiah tanpa memahami Islam secara lebih mendalam.
Lama-kelamaan fahaman ini terus menular secara tidak sedar dan seterusnya membuka ruang kepada golongan yang tidak bertanggungjawab khususnya orientalisme yang sentiasa mencari ruang untuk merosakkan umat Islam.
Tidak dapat dipisahkan
Hakikatnya, Islam menetapkan keutamaan hadis atau sunnah Nabi SAW sebagai sumber rujukan atau hukum Islam yang kedua selepas al-Quran. Al-Quran dan hadis ini tidak dapat dipisahkan kerana dalam memahami al-Quran kita memerlukan hadis bagi menerangkan dan menjelaskan perkara yang bersifat umum dan abstrak dalam al-Quran.
Contohnya, ALLAH memerintahkan umat Islam agar mendirikan solat tanpa menyebut kaedah atau cara perlaksanaannya dengan jelas. Namun di sini hadis berperanan dalam menjelaskan kaedah perlaksanaan ibadah solat melalui perbuatan Nabi SAW yang dilihat oleh sahabat Baginda SAW, kemudian dipanjangkan kepada generasi seterusnya sehingga sampai kepada umat Islam hari ini. Demikianlah peranan dan kedudukan hadis dalam memperjelaskan al-Quran dengan lebih terperinci.
Dalam zaman moden ini, golongan anti hadis kian aktif semenjak penubuhannya pada tahun 1874 hasil pemikiran dari salah seorang orientalisme yang menjadikan fahaman anti hadis ini sebagai suatu alternatif orientalis bagi merosakkan Islam dari dalam. Pengasasnya, Prof Dr Goldziher yang berketurunan Yahudi tulen dilahirkan pada tahun 1850 dan meninggal sekitar tahun 1921. Pada tahun 1869 ketika usianya 19 tahun, dia dilantik menjadi doktor dalam bidang Islamologi di Jerman di bawah bimbingan Prof Rodiger.
Pelopor fahaman anti hadis ini mendapat biasiswa untuk menyambung pengajiannya di Timur Tengah antaranya ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir pada tahun 1873 bagi mendalami pengetahuan Islam. Namun ia bukanlah atas tujuan sebagai manfaat untuk umat Islam, bahkan tujuan utamanya untuk menghancurkan Islam. Hal ini diibaratkan sebagai seorang yang cuba mempelajari ilmu persilatan bukanlah bagi memartabatkan ilmu tersebut, tetapi adalah untuk menjatuhkan ahli persilatan yang lain.
Terpengaruh
Hasil kesungguhan Goldziher membuahkan hasil apabila teori ingkar sunnah atau anti hadis yang ditonjolkannya semakin diterima anak muridnya yang mempelajari pengetahuan Islam di Barat. Namun apa yang membimbangkan ialah apabila terdapat daripada sebahagian anak muridnya yang beragama Islam tersendiri turut terpengaruh dengan teorinya itu, antaranya ialah Dr Ali Hasan Abdul Qodir, Dr Thoha Husain, Dr Ahmad Amin, Rasyad Khalifah dan Ustaz Abu Rayyah.
Apa yang lebih membimbangkan lagi, fahaman anti hadis ini sudah menular masuk dalam negara kita. Seorang tokoh anti hadis yang berasal di sebuah negeri utara Semenanjung Malaysia banyak menimbulkan kontroversi melalui beberapa bukunya seperti Hadis Suatu
Penilaian Semula.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana hal ini boleh terlepas dalam negara kita? Penulis berpendapat, penularan fahaman anti hadis di Malaysia berpunca daripada globalisasi dunia tanpa sempadan serta kebebasan bersuara menggunakan jalan demokrasi yang merupakan salah satu agenda liberalisme Barat. Hal ini adalah antara faktor utama yang dominan menjadikan fahaman anti hadis ini semakin mendapat tempat dalam menyesatkan umat Islam, selain dari kesungguhan alternatif orientalisme itu sendiri.
Oleh itu, sebagai seorang Muslim, kita seharusnya mempunyai nilai dan maruah bagi mempertahankan agama Islam daripada dinodai musuh Islam.
Sejarah banyak membuktikan jatuhnya Islam bukan kerana serangan (peperangan menggunakan senjata) musuh Islam, akan tetapi doktrin musuh Islam kepada umat Islam yang menjadi agen ataupun tali barut kepada musuh Islam adalah punca kekalahan umat Islam.
Semua pihak mesti bersatu-padu bagi mempertahankan agama Islam, memandangkan usaha musuh Islam tidak pernah berhenti untuk merosakkan Islam sepertimana firman-Nya: "Tidak akan reda golongan Yahudi dan Nasrani kepada umat Islam selagi mana (umat Islam) tidak mengikuti cara hidup mereka (Yahudi dan Nasrani)." (Surah Al-Baqarah: 120)
Umat Islam juga digesa agar tidak hanyut dengan mainan dan racun ciptaan golongan kufar ini, di samping menggalakkan umat Islam agar mempelajari ilmu Islam dengan lebih mendalam.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai topik anti hadis ini, ikuti siri pembentangan Kuliah Lapangan melalui: www.facebook.com/kuliahlapangan.
LUQMANULHAKIM CHE ARIF
Penulis adalah Penuntut Ijazah Sarjana Muda
Usuluddin Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA