GST punca dunia kartun lumpuh?
CUKAI barang dan Perkhidmatan (GST) bukan lagi sistem asing dalam kehidupan masyarakat di negara ini.
Menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), GST mengenakan kadar sehingga enam peratus kepada setiap pengguna yang membeli dan menggunakan barangan dan perkhidmatan terpilih oleh kerajaan.
Ini termasuk dengan barangan keperluan seharian seperti makanan yang sudah di proses dan perkhidmatan awam.
Kebanyakan perusahaan persendirian dan juga syarikat swasta yang mendaftar kepada kastam akan mengutip cukai kerajaan sebanyak enam peratus kepada pengguna.
Syarikat penerbitan terkenal MOY Publication juga tidak terkecuali daripada tempias GST.
Syarikat penerbitan ini mula beroperasi pada tahun 1993 dan melahirkan majalah sulungnya, Ujang dan kemudiannya, menerbitkan sebuah lagi produk ulung iaitu Majalah APO?
Sesuai dengan tagline 'Majalah lawak antarabangsa' dan 'Majalah terbest antara benua', Ujang dan APO? telah melahirkan ramai pelukis karikatur yang luar biasa berbakat, sekaligus mewarnai dunia kartun tanah air.
Antaranya termasuk Lengkuas, Gayour, Sireh, Bijan, Serai, Taugeh, Sawi, Ayoi, Papan, Lalang, Jumper, Bawang, Manggis, Spider, Petai, Lambok, Oren, Chendol, Pandan, Lengkuas, Sagu, Rambai dan Eisu.
Bagaimanapun setelah hampir 22 tahun mengorak langkah mencipta nama, MOY Publication mengumumkan menghentikan operasinya serta merta dan syarikat tersebut akhirnya berkubur.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ke mana perginya kartunis Ujang, APO?]
Bekas kartunis Majalah APO?, Anuar Hassan atau lebih popular dikenali dengan nama Sireh ketika ditanya mengenai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh syarikat itu berkata, peralihan kehendak pasaran yang lebih terarah kepada media aplikasi dan online, menyebabkan majalah hiburan kartun seperti APO? dan Ujang kurang mendapat perhatian masyarakat.
Bagaimanapun yang lebih parah, sistem percukaian GST yang masih dalam proses penyesuaian dan ditambah dengan harag kertas yang semakin tinggi turut menjadi faktor penutupan syarikat tersebut.
"Masyarakat terpaksa memilih untuk membeli keperluan yang lebih penting akibat desakan hidup. Industri kartun berbentuk majalah sudah semakin kurang menguntungkan akibat kuasa beli masyarakat semakin berkurangan," katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Online.
Menurutnya lagi, dengan ekonomi negara masa kini, syarikat penerbitan kecil kurang mampu menampung kos operasi yang besar.
"Pasaran bagi surat khabar dan majalah dalam bentuk fizikal sudah semakin mengecil dan ia menyukarkan syarikat kecil untuk terus bertapak di pasaran tempatan," katanya lagi.
Jelasnya lagi, kebanjiran karya-karya menerusi atas talian mendatangkan kesukaran untuk bersaing antara kartunis majalah dengan kartunis media atas talian.
Menurutnya, tidak ramai pengkarya dan kartunis memiliki pengetahuan teknologi terkini menjadikan merera gagal mengawal hak cipta masing-masing, seterusnya menyebabkan karya mereka mudah diplagiat oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Pengetahuan tentang hakcipta dan hak-hak karyawan adalah isu penting untuk difahami oleh pengkarya. Di dalam era transmedia, pengkarya perlu bijak untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dan di waktu yang sama menjaga kepentingan semua pihak agar tidak ada yang teraniaya.
"Amat digalakkan agar ada perjanjian dan kontrak yang sah kerana sejarah telah membuktikan bahawa ramai pengkarya telah teraniaya akibat kurang kefahaman tentang hakcipta," ujarnya.