Vape: Matlamat tidak menghalalkan cara
PAKAR Perunding Perubatan Pemulihan dan Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Selangor, Dr Fazah menjelaskan, dalam ramainya individu ketagih merokok ada juga golongan perokok tegar ini berinisiatif mengurangkan ketagihan merokok dan jika seseorang itu tekad dan berniat untuk berhenti merokok, ia boleh dilakukan.
"Pelbagai agensi kerajaan sedia untuk bantu individu yang ingin berhenti. Ketagihan ini berlaku akibat nikotin, sejenis dadah dalam tembakau. Ketagihan ini juga akibat tingkah laku berkaitan dengan aksi merokok.
"Pendekatan yang boleh diambil oleh individu yang ingin berhenti merokok adalah untuk menyertai program berhenti merokok, mendapat sokongan keluarga dan rakan, menjauhi diri dari tempat serta kawan yang merokok, gantikan tabiat merokok dengan aktiviti seperti senaman dan rekreasi, atau mengunyah kudapan yang berkhasiat sewaktu datangnya ketagihan," jelasnya lagi.
Menurutnya, tempat kerja, sekolah, institusi dan semua tempat awam seharusnya bebas dari tembakau. Inisiatif pengisytiharan kampus bebas tembakau yang telah dilaksanakan oleh Fakulti Perubatan dan Pergigian UiTM harus dicontohi.
Sangat membazir
Keputusan Majlis Fatwa kebangsaan yang mengharamkan penggunaan vape pada Ogos lalu mengundang rasa kurang senang banyak pihak.
Dalam satu laporan di akhbar, terdapat kes yang berlaku di luar negara menunjukkan ada pengguna vape mencampurkan dadah dalam cecair vape. Caranya adalah dengan melarutkan dadah seperti syabu, marijuana dan lain-lain dadah yang boleh larut ke dalam air. Kemudian dadah ini dimasukkan dalam botol vape dan dihisap.
Menurut pendakwah, Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi, apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa kebangsaan adalah fatwa dan mana-mana pihak tidak perlu berhujah, kerana apa yang diputuskan itu adalah untuk kesejahteraan bersama.
"Dan sebagai seorang Islam, kita patut mematuhinya sekalipun permasalahan vape atau rokok tidak berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW, namun perkara tersebut telah dikiaskan secara jelas melalui keputusan fatwa kebangsaan dan juga fatwa negeri berkaitan pengharaman rokok dan juga vape. Tambahan pula, penggunaan vape dan rokok turut dikaitkan dengan masalah pembaziran, kemudaratan dan akhlak si pelaku.
"Harga rokok naik lagi bermula 4 November lalu. Pek 20 batang bagi jenama premium seperti Dunhill, Kent dan Benson & Hedges, sekarang berharga RM17. Sangat membazir. Ada pula yang ingin membeli rokok sanggup bergaduh suami isteri, bertikam lidah adik beradik sehingga bunuh membunuh. Perkara yang saya sebutkan itu ada berlaku cumanya kita tidak sedar.
"Pembaziran yang berlaku bukan dari sudut duit semata-mata, bahkan masa juga terbuang begitu sahaja, bayangkan sekumpulan anak muda duduk melepak dengan berbual kosong menanti rokok habis disedut. Bukan sekadar masa, tenaga juga termasuk dalam aspek pembaziran ini. Kita bekerja bermati-matian dengan menggunakan banyaknya tenaga, akhirnya kita 'membakar' duit yang diperoleh daripada hasil kerja tadi untuk membeli barangan yang langsung tidak mendatangkan kebaikan," kata anak kelahiran Kelantan ini dengan panjang lebar.
Apabila majlis fatwa dan ulama menghukumkan mengenai isu rokok dan vape, sebagai seorang Muslim kita mestilah menjadi orang yang patuh kepada apa disebut ulama. Yang mana apa yang mereka bicarakan itu adalah semua yang dibicarakan oleh Nabi SAW kerana ulama itu adalah pewaris Nabi SAW walaupun apa yang dibincangkan pada hari ini barangkali tidak pernah berlaku pada zaman Nabi SAW, janganlah kita menjadikan matlamat menghalalkan apa jua cara.
Menurutnya, maksud matlamat tidak menghalalkan cara dalam kaedah fikah disebut Al Ghoyah la Tubihu Al- Mahzhurah (matlamat tidak mengharuskan kita untuk berbuat perkara yang dilarang atau diharamkan).
Contoh dalam kes orang yang merokok, apabila seseorang itu ingin berhenti daripada merokok maka dia mulakan dengan menghisap vape. Barangkali harga lebih murah berbanding harga rokok dan vape dilihat sebagai salah satu solusi atau cara seseorang itu berhenti merokok tetapi cara tersebut adalah dilarang agama. Justeru cara yang salah bukan bererti diharuskan untuk melakukan perkara atau matlamat yang baik iaitu untuk berhenti daripada merokok atau seumpamanya.